Kumpulan Kata Kata Mutiara Nasehat Kehidupan

Categories: kata kata - On: Sunday, February 19th, 2017

Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya. Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau -Saidina Umar Al-Khattab Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya. Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya. Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa. Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma. Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal. Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh. Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul. Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik. Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa. Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya. Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. ~ Cecil B. DeMille Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun